top of page

News & Articles

Kursus Persiapan Pemberkatan Perkahwinan (12 Oktober)

Pada 12 Oktober 2024 (Sabtu), Komisi Hidup Berkeluarga KUBM Paroki St. Francis of Assisi, Cheras telah menganjurkan Kursus Persiapan Pemberkatan Perkahwinan yang dihadiri oleh 13 pasangan. Kursus ini dikendalikan oleh Fr. Valentine OFM Cap, dengan objektif utama mempersiapkan pasangan yang telah berkahwin secara adat atau sivil untuk menerima Sakramen Perkahwinan.


Sepanjang kursus, beberapa topik penting telah dibentangkan, antaranya "Sakramen Perkahwinan", "Komunikasi Dalam Hidup Berkeluarga Kristian", "Spiritualitas Hidup Berkeluarga", "Ekonomi Rumah Tangga", dan "Keutamaan dalam Hidup Berkeluarga". Kesemua pasangan yang hadir memberikan respon positif terhadap kursus ini, yang dinilai berjaya mencapai objektifnya.


Pasangan-pasangan ini dijadualkan untuk menerima Sakramen Perkahwinan pada 30 November 2024, menandakan satu langkah penting dalam kehidupan iman mereka sebagai keluarga Katolik.



Comments


bottom of page